Jumaat

Dulu emas, kini silver.HOT!

3 sebab utama anda perlu menyimpan
bullion perak.

1) Inflasi:
Bullion perak melindungi kuasa pembelian
anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai
contoh, anda membeli satu auns bullion perak
berjenama Morgan dengan harga RM150, dan
anda sembunyikan bullion perak itu di bawah
katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar
susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan,
sudah tentu anda boleh menjual bullion perak
tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar
anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa
membeli anda sememangnya sudah meningkat.
Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya
di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak
sebagai "Penyimpan Nilai". Pelaburan yang menyimpan
nilai akan melindungi aset anda yang lain
(hartanah, perniagaan) terhadap mata wang
kertas yang cepat susut nilai.

baca lagi..
[+]KLIK SINI

2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:
44% dari Perak yang dilombong digunakan
untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh
kerana hasil lombongan perak yang memasuki
pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan
permintaan pelabur untuk bullion pelaburan
boleh menyebabkan harga meningkat dengan
pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga
menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak
sangat meluas di dalam peralatan elektronik,
perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia
mengambil jalan mudah untuk membuang
kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam
perak yang terkandung di dalam bahan elektronik
tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan
sampah di mana ia akan kehilangan yang
selama-lamanya.

baca lagi..
[+]KLIK SINI

3) Kemunculan China dan India. Pembangunan
kelas pertengahan di China dan India telah
membawa kepada peningkatan permintaan
pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana
kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi,
pelabur baru di negara China lebih cenderung
untuk menyimpan perak dan bukannya emas.
Ini kerana, mereka mencari cara untuk
melindungi aset dan harta mereka terhadap
inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan
perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005,
China mengeksport 3000 tan perak. Apa
yang rakyat China tahu yang kita tak
tahu? Sekarang ini bukan Amerika
sahaja yang menentukan harga pasaran
perak - terutama sekali apabila kerajaan
di seluruh dunia sedang bergelut dengan
kadar inflasi.

baca lagi..
[+]KLIK SINI

Jika Anda ingin menambah lagi
pengetahuan tentang potensi silver,
saya cadangkan Anda dapatkan
ebook oleh rakan saya ini dibawah.
[+]KLIK SINI

Kenapa Harga Emas Terus Melonjak Naik? Baca Sekarang!

Harga emas di pasaran dunia meningkat dengan mendadak
sejak minggu lalu dan beberapa hari yang lalu harganya
terus menunjukkan kenaikan.

Pada 4 Ogos 2011 harganya mencecah USD1,663.50 untuk
satu auns atau RM159 per gram.

Kenaikan ini melebihi 6% jika dibandingan apabila
ianya baru sahaja melepasi USD1,600 pada 18 Julai 2011
yang lepas.

Kenaikan ini didorong oleh kebimbangan hutang Amerika
Syarikat dan negara-negara Eropah. Di samping itu, data
IMF menyataan bahawa bank-bank pusat seperti Thailand,
Rusia dan Kazakhstan menambah rizab emas dalam pegangan
mereka dalam masa 2 bulan yang lepas.

Di samping itu, Korea Selatan buat pertama kali membeli
emas setelah tidak berbuat demikian dalam masa 10 tahun
yang lepas, telah membeli 25 ton emas dalam bulan Jun dan
Julai 2011.

Kesan kepada harga emas jelas kelihatan apabila harga jualan emas KFH naik dari RM157.60 to RM162.52 dalam masa sehari pada 3 Ogos 2011.

Kenaikan ini adalah sebanyak RM4.2 per gram atau 3.1%.

By the way, kalau yang beli emas KFH pada awal tahun sehingga 3 Ogos 2011, kenaikan sebenar apabila mengambil kira spread (perbezaan harga jualan dan belian) RM155.37 vs RM143.20 adalah 8.5% dalam masa 7 bulan.

Lihat jika sebuah negara pun dah mula menunjukkan minat
untuk membeli emas untuk melindungi ekonomi mereka, kenapa
kita tak bertindak sama seperti mereka untuk melindungi ekonomi dan masa depan kewangan kita.

Apa-apa pun kepada yang ingin melabur dalam emas, diingatkan fahami betul-betul mengenainya dengan mengetahui risiko yang ada.

Di samping itu kena faham bahawa harga yang lepas tidak menjamin prestasi masa hadapan. Jadilah kenalah jadi pelabur yang bijak.

Macamana? Boleh cuba dapatkan panduan melabur melalui
http://bit.ly/qfNviI