Jumaat

Kenapa Harga Emas Terus Melonjak Naik? Baca Sekarang!

Harga emas di pasaran dunia meningkat dengan mendadak
sejak minggu lalu dan beberapa hari yang lalu harganya
terus menunjukkan kenaikan.

Pada 4 Ogos 2011 harganya mencecah USD1,663.50 untuk
satu auns atau RM159 per gram.

Kenaikan ini melebihi 6% jika dibandingan apabila
ianya baru sahaja melepasi USD1,600 pada 18 Julai 2011
yang lepas.

Kenaikan ini didorong oleh kebimbangan hutang Amerika
Syarikat dan negara-negara Eropah. Di samping itu, data
IMF menyataan bahawa bank-bank pusat seperti Thailand,
Rusia dan Kazakhstan menambah rizab emas dalam pegangan
mereka dalam masa 2 bulan yang lepas.

Di samping itu, Korea Selatan buat pertama kali membeli
emas setelah tidak berbuat demikian dalam masa 10 tahun
yang lepas, telah membeli 25 ton emas dalam bulan Jun dan
Julai 2011.

Kesan kepada harga emas jelas kelihatan apabila harga jualan emas KFH naik dari RM157.60 to RM162.52 dalam masa sehari pada 3 Ogos 2011.

Kenaikan ini adalah sebanyak RM4.2 per gram atau 3.1%.

By the way, kalau yang beli emas KFH pada awal tahun sehingga 3 Ogos 2011, kenaikan sebenar apabila mengambil kira spread (perbezaan harga jualan dan belian) RM155.37 vs RM143.20 adalah 8.5% dalam masa 7 bulan.

Lihat jika sebuah negara pun dah mula menunjukkan minat
untuk membeli emas untuk melindungi ekonomi mereka, kenapa
kita tak bertindak sama seperti mereka untuk melindungi ekonomi dan masa depan kewangan kita.

Apa-apa pun kepada yang ingin melabur dalam emas, diingatkan fahami betul-betul mengenainya dengan mengetahui risiko yang ada.

Di samping itu kena faham bahawa harga yang lepas tidak menjamin prestasi masa hadapan. Jadilah kenalah jadi pelabur yang bijak.

Macamana? Boleh cuba dapatkan panduan melabur melalui
http://bit.ly/qfNviI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan