
Sekadar nak bertanya pada anda.
Pernah dengar pasal surat jualan tak?
Sebenarnya surat jualan adalah nama lain bagi
'salesletter'.
Surat jualan sebenarnya adalah teks pada muka
utama sesuatu laman web khususnya laman web mini (minisite). Kalau anda seorang IM atau usahawan
internet, anda pasti pernah membaca laman web yang
berjela-jela panjangnya menceritakan sesuatu
produk.
Itulah surat jualan!
Surat jualan ni penting. Sebabnya ia ditulis untuk
memujuk seramai mungkin orang untuk membeli
produk yang dijual pada laman web tersebut.
Namun, awas!
Jika tersilap langkah, penjual mungkin akan
kehilangan jualan yang banyak - disebabkan
kelemahan demi kelemahan yang ada pada satu-satu
surat jualan.
Jangan sampai lemahnya surat jualan tersebut
'membunuh' jualan anda hingga langsung TIADA
jualan atau menghasilkan jualan yang CIPUT
sahaja!
Antara ciri-ciri surat jualan yang bermasalah
yang boleh menyebabkan kadar jualan diraih
sangatlah rendah, adalah:
1. Format laman web yang menyakitkan mata.
2. Surat jualan yang hanya syok sendiri.
Bukannya ditujukan pada pelawat-pelawat web tersebut.
3. Surat jualan yang tidak menggunakan elemen
asasnya seperti button membeli, headline dan
sebagainya.
4. Headline dan ayat yang merapu tanpa arah.
5. Surat jualan yang ditulis secara mendatar
tanpa berjaya mempengaruhi pelawat sama ada
emosi, psikologi mahupun rasional.
6. Surat jualan yang ditulis tanpa research dan
kajian.
7. Surat jualan yang tidak menekankan aspek
faedah dan bagaimana ciri-ciri produk boleh
membantu bakal pelanggan menyelesaikan masalah mereka.
8. Tidak tahu format yang paling sesuai untuk
menulis surat jualan.
PS : Kalau nak saya cerita pasal surat jualan ni,
memang sampai bila pun tak habis. Ini kerana
ia memerlukan perbahasan dan perbincangan yang
panjang di samping perlukan penerangan yang
detail.
Oleh itu, apa kata jika anda belajar sendiri
surat jualan dengan menghadiri bengkel anjuran
salah seorang rakan saya (Mawardee) yang akan
diadakan pada bulan depan:
http://www.bengkelsuratjualan.com/index.php?ref=info4u
Yang bestnya, bengkel ini juga akan mendedahkan
teknik-teknik terbaru dalam penulisan surat jualan
yang berkesan dan terbukti memberikan kadar
jualan yang memuaskan di internet!
Setahu saya, bengkel ini hanya dihadkan
kepada 40 orang sahaja. Jadi, jom sertai
bengkel yang bakal diajar oleh tenaga pengajar
yang cukup berpengalaman dalam dunia penulisan
salesletter.
Sekali lagi, ini linknya:http://www.bengkelsuratjualan.com/index.php?ref=info4u
Semoga ini akan membantu anda menghasilkan
surat jualan yang efektif untuk kejayaan
perniagaan internet anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan