Saya kongsikan sedikit tips ini untuk anda. Ianya tips
asas tapi ramai yang abaikannya.
## Masuk ke bilik temuduga dengan penuh yakin
Anda perlu melangkah masuk ke bilik temuduga dengan
penuh yakin. Untuk mendapatkan keyakinan diri yang
tinggi, anda perlu berjalan 25% lebih cepat daripada
biasa. Tegakkan kepala, lapangkan dada dan ukirkan
senyum ikhlas. Sememangnya sesi temuduga bukan
tempat anda hendak berseronok. Tetapi tidak perlulah
anda bayangkan yang anda akan disoal oleh makhluk yang
mengerikan dari planet lain. Jadi, sentiasalah bertenang.
## Cuba kenali penemuduga
Untuk mendapatkan suasana yang lebih tenang dan
selesa, anda perlu mengecam sikap penemuduga. Anda
perlu bertindak selari dengan sikap penemuduga. Jika
penemuga tersebut bersifat kelakar, cuba selami
emosi tersebut. Jika dia bercakap dengan suara yang
tinggi, anda juga perlu menaikkan suara anda sedikit.
Dengan melakukan perkara ini, anda akan berasa selesa
sepanjang temuduga berlangsung.
## Jangan hayunkan kaki, menghentak-hentak kaki,
membetul-betulkan rambut, memulas-mulaskan tangan atau
menggigit kuku anda (ini serius, ada yang buat!)
Kesemua perkara ini menunjukkan anda kurang keyakinan
diri dan boleh mengalihkan perhatian penemuduga. Anda
mahu pastikan penemuduga menumpukan perhatian kepada
jawapan anda yang bagus dan bukan kelakuan anda yang
resah dan gelisah.
## Posisi tubuh
Tips ini kelihatan terlalu asas. Namun jika duduk
dalam keadaan tegak dan dalam posisi tubuh yang baik,
anda sebenarnya sedang memberitahu penemuduga yang
anda memiliki personaliti yang hebat. Sebaliknya
jika anda duduk dengan gaya malas, lemah dan longlai,
anda sedang memberitahu penemuduga yang anda adalah
seorang pemalas dan lemah. Oleh itu sentiasa pastikan
anda berjalan, berdiri dan duduk dalam posisi yang
bertenaga dan berkeyakinan.
## Jangan silangkan tangan
Menurut kajian, duduk dengan cara menyilangkan tangan
dihadapan akan menggambarkan anda seorang yang sedang
mempertahankan sesuatu (defensif), agresif dan berfikiran
tertutup. Jadi, semasa penemuduga sedang bercakap,
letakkan tangan anda diatas pemegang kerusi atau letakkan
sahaja di atas peha anda.
## Jangan ubah posisi anda terlalu kerap.
Kaki juga merupakan anggota penting yang perlu dijaga.
Anda perlu mencari posisi kaki yang selesa dan cuba
kekal dengan posisi tersebut. Silangkan kaki anda
(di bawah) atau luruskan sahaja ke bawah.
Kekerapan menukar posisi kaki akan mengalih perhatian
penemuduga dan ia menampakkan anda seorang calon yang
anda tiada keyakinan diri, sukar dipercayai, cuba
menipu dan menyembunyikan sesuatu. Jika anda menyilangkan
kaki anda, pastikan ia kekal menyilang sampai habis sesi
temuduga. Seperkara lagi, anda tidak digalakkan untuk
menyilangkan kaki anda dengan meletakkan buku lali di atas
lutut. Ini kerana ia menunjukkan anda terlalu bersahaja dan
terlalu yakin dengan diri anda.
## Ton suara
Seperti pergerakan fizikal, ton suara anda juga menceritakan
banyak perkara tentang diri anda. Oleh itu pastikan
anda menjawab soalan dengan ton suara yang konsisten,
kuat dan ada nada yang ditinggi rendahkan. Elakkan daripada
bercakap dengan suara yang terketar-ketar, terlalu perlahan
dan lembut, kurang jelas atau bercakap terlalu laju. Sebaik-baiknya
tarik nafas dalam-dalam, berfikir beberapa saat dan baru anda mula menjawab.
Rasanya cukuplah tips temuduga. Rasanya dah 3 siri semuanya.
Harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Salam sukses untuk anda!
http://www.tipsptd.com/index.php?ref=temuduga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan